Kesilapan? pasti semua manusia lakukan betul x? Di dalam hidup ini banyak cabaran dugaan onak duri yang perlu kita semua tempuh. Sebagai manusia kita kena tabah mhadapinya. Boleh bagi tau siapa yang tak pernah lakukan kesilapan dekat aku?Dalam hidup ni jugak ada persimpangan. Ya persimpangan yang menentukan masa depan kita. Kita yang tentukan segalanya. kiri kanan? Yang mana? Yang mana baik? yang mana buruk? Kita sendiri tak tau. Kita jugaklah yang berhak menentukan arah tuju masa depan kita.
Tapi macam mana jika kita tersilap simpang? Dapatkah mesin waktu di dlm drama, kartun, dan movie sci fi membantu kita? Yup itulah sejarah! kita tak mampu nak mengubahnya.Sebijak2 manusia kita cuba memperbaiki kesilapan kita dari sejarah kita sendiri tak gitu?
Sesungguhnya aku telah melalukan kesilapan. Aku tahu aku salah kali ini.Izinkan aku coretkan sdkit warkah utk kau. Pelbagai yang kau ajar aku. Kau telah membentuk aku. Kau telah mencipta aimman yang hari ini.Aku seorg yang tidak berkeyakinan. Zero. Loser. Kau ubah, kau buat diri aku teguh berdiri dengan keyakinan yang kau suntikkan.Masih aku ingat betapa pahit manis saat tu. Saat pertama kali kita berbicara aku menggeletar. Perkataan seolah2 tesangkut di benteng lidah. Tapi lihatlah aku hari ini. Sentiasa cuba mara.
Bila aku takut. Hilang tiang berpaut. aku selalu ingat akan kau yang mendidik aku. Keyakinan aku tercabar.
Hampir beberapa tahun aku menunggu kau. kau tau peritnya? Menahan cemburu yang sentiasa robek hati aku?Kau tau betapa aku terlalu memerlukan kau tika tu? Kau tau 1001 usaha aku utk tidak melepaskan kau? Kau sedar aku pernah sakit dua tiga kali kerana kau? Kau sedar kau pernah buat aku lemah satu masa dahulu? Kau tau tak? Tak! sedikit pun aku tak kisah. Sebab WAKTU TIME MASA tu hanya kau ada kat kepala otak aku. Manis dan sengsara. Tidak akan lari. Aku rasa manisnya. Aku jugak terpaksa lalui kesengsaraannye.
Jiwang? Tak kisah apa orang nak cakap. ini ruangku ini hidupku ini aku. Apa yang membuatkan aku terkilan. Kapal kawan suatu masa yang kita bina berlayar teguh bertahun2nya. Akibat kecuaian kaptennya iceberg yang sekecil itu dipandang rendah. Padah Padah Padah.
Kini aku termenung sendirian mengenang nasib aku sendiri. Mengenang sejarah silam yang tak pernah luput D'ingatan. Senyuman kau gelak tawa kau tak pernah hilang dari memori yang tuhan ciptakan utk aku. Kau pula berada dipuncak hidup kau. aku ingin meminta maaf secara ikhlasnya dari lubuk hati aku.Aku akui kesilapanku. Kau berhak mhukumku. Seandainya waktu mampu aku undurkan. Ingin sekali aku kembali ke detik itu.
Di atas jejantas KTM batang benar kau melontarkan soalan yang selama ini aku tunggu!!Namun? aku telah memilih simpang yang salah.Aku sunyi wahai .. . Kau terlalu sibuk dengan hidup kau di hujung sana. Aku memahami. Tapi pisau cemburu selalu menghiris hatiku setiap saat. Mungkin benar. Hidup aku ni hanya ditakdirkan utk menunggu. Kiniaku hanya memerhatikan kehidupan kau dari hujung alam maya. Apa yang aku nampak kau bahagia di sana. Kau bahagia. aku bahagia wahai ... . Ingatlah yang aku takkan pernah lupa orang yang mengajar aku erti hidup. Pahit Manis akan sentiasa aku ingat. Senyuman kau akan terus ku tatap sehingga satu saat yang penting dalam hidup aku pertengahan tahun ini. Aku mengharapkan keajaiban.Sekiranya kau terhalang. Senyum je lah yang mampu aku bagi asal kau senyum aku akan tetap senyum disisi kau walaupun pedih. Di perhentian pulau kosong ini. Aku akan terus cuba membaiki kapal kita yang tersadai ini.Sekiranya kau hadir membantu. Ia akan berlayar kembali. Itu harapanku. Salam. Ini penemanku saat ini. >SHA.<
Yup kini aku termenung kembali mengenang kisah lama. Lihatlah betapa indahnya senyuman kau Shahira..
AIMMAN
1 comments:
xjiwang pun.. ;)
Post a Comment