7 April 2011

Bangkit dari tidur dengan senyuman. Al-fatihah.


Tidur aku lena dibuai mimpi. Tapi apa yang aku rasakan sesuatu yang lain dengan mimpi ini. Ya arwah hadir di dalam mimpiku.Rasanya ini kali kedua arwah berada di dalam permainan tidurku. Apakah maksud semua ini?
Seperti mimpi2 yang lain keadaan mimpi selalunya mengelirukan. Tiba2 shj aku berada di berek polis tempat lama aku ketika masih kecil. Walaupun tak banyak pengalaman yang aku kumpul tetapi ketahuilah si arwah menjadi kawan lelaki aku yang pertama. Seandainya dia masih di sisi aku, ingin sekali aku memberitahu bahawa aku sudah menganggapnya seperti abang aku sendiri. 
Apakan daya tuhan lebih mnyayangi arwah.Namun apa yang aku cuba sampaikan kisah mimpi tersebut. Si arwah datang dari belakang dan menyapaku. Aku terkejut kerana arwah dah lama meninggalkan dunia. Aku cuba memberitahu semua orang bahawa arwah disisiku. Tetapi aku tak berdaya. Tanpa diduga arwah angah mengangkatku dengan senyuman.
Aku dalam keadaan melintang terapung di awangan. Semua yang melihat terkejut. Air mataku menitis melihat senyuman arwah ketika itu.Aku melaung "angahhhhhhhhhhhhhhhh!!!" dsertai senyuman kerana terlalu lama tidak berjumpa angah. Mimpi terhenti.
Aku bangkit dari tidur dengan senyuman dan melihat jam di handphone. Ternyata aku terlepas kelas. Arwah angah tetap dalam ingatan.


Al-fatihah.Mohd Shahril bin Mohd Sopian.

6 comments:

Amira Anorah said...

Tuhan Lebih sygkan dia...

ArtPixel Studio. said...

Hurm,...sediah gak entri ni,.. tapi xpa, dia saja dtg dlm mimpi tu nak jumpa balik kawan lama yang dah lama dia x jumpa...

EmanTheHalia said...

@amira hehe yup cume pagi tadi eman bangun tersenyum =)

@aiman urm ye ke bro. tak tau la mainan tidur ke ape. lepas bangun terus aku sedekah al fatihah..

Ikhwan said...

Al-Fatihah..

P/s : Blog baru ke ni?

EmanTheHalia said...

@IS yup blog baru lah! huhu

fyna ahmad said...

al-fatihah..
:)




jom singgah n follow fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

 

Copyright © 2009 EmanTheHalia Designed by csstemplatesmarket

Converted to Blogger by BloggerThemes.Net